SENI BINA

1. Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, orang-orang Melayu telah mahir dalam bidang seni ukir dan seni bina.

2. Kebanyakan ukiran dibuat pada kayu yang keras seperti kayu cengal, kayu meranti merah dan kayu nyatuh.

3. Ukiran-ukiran menjadi hiasan dinding bahagian atas serambi, bumbung, pintu, jenang tingkap, katil, kerusi dan meja.

4. Corak ukiran biasanya bermotifkan tumbuh-tumbuhan. Ayat Al-Quran juga diukir pada kayu atau tembaga.

5. Setiap negeri mempunyai bentuk seni bina yang tersendiri.

6. Di negeri Melaka, jenis seni bina rumahnya berserambi dan bertangga batu.

7. Di Negeri Sembilan pula berbumbung panjang dan lentik.

8. Bentuk rumah menampakkan pengaruh dari luar seperti pengaruh minangkabau, Jawa, Siam, atau Patani.

9. Bentuk seni bina rumah di Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu dipengaruhi oleh reka bentuk siam atau Patani.

10. Di samping itu, orang-orang Melayu juga mahir membina kapal-kapal besar seperti ghali, ghalias gelung, bahtera dan jong.

11. Orang Melayu juga mahir membuat alat senjata daripada besi seperti tombak, keris, pedang dan lembing.




No comments:

Post a Comment

Post a Comment