Tuesday 24 April 2012

jom bermain permainan tradisional

bahagian 1

bahagian 2

bahagian 3

MEMPERKENALKAN WARISAN KESENIAN

1. Beberapa langkah dilakukan bagi memperkenalkan warisan kesenian kepada generasi muda pada masa kini. Ini dapat memupuk semangat petriotik dan perasaan ingin tahu akan sesuatu warisan sejarah yang unik.

2. Kanak-kanak perlu diterapkan dengan warisan kesenian ini sejak di bangku sekolah lagi. Pendedahan ini boleh dilakukan melalui mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kenegaraan.

3.Selain itu, para pelajar juga boleh melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dalam bidang kesenian seperti persatuan kompang dan permainan sepak takraw.

4. Pertandingan aktiviti kesenian seperti pertandingan tarian, seni mempertahankan diri, seni kraf tangan juga boleh dianjurkan untuk murid mencungkil bakat masing-masing selain memupuk daya saing yang tinggi.

5. Agensi-agensi kerajaan juga boleh mengadakan pameran kesenian di peringkat kebangsaan. Hal ini boleh memartabatkan warisan kesenian Malaysia di mata dunia.

6. Persembahan kesenian termasuklah tarian dan permainan tradisional yang dipersembahkan ketika musim-musim perayaan mahupun majlis keramaian tertentu dapat menarik minat golongan muda dan pelancong asing.

7. Media cetak mahupun media elektronik boleh menyediakan beberapa slot untuk rancangan berkaitan dengan warisan kesenian yang pelbagai.

PENGEKALAN WARISAN KESENIAN

1. Bagi memastikan warisan kesenian yang pelbagai ini dikekalkan, kerajaan Malaysia telah melakukan pelbagai cara untuk memeliharanya. antaranya termasuklah kuatkuasa undang-undang, pendokumentasian, pendidikan dan mengadakan kursus kesenian.

2. Akta Warisan Kebangsaan 2005 digubal oleh kerajaan untuk tujuan mendaftarkan beberapa bidang kesenian sebagai warisan negara. tindakan mendaftarkan ini membolehkan keistimewaan warisan kesenian ini dipeliharaa dan dilindungi.

3.Terdapat pelbagai cara moden yang menggunakan teknologi dalam menyimpan data antaranya termasuklah melalui rakaman audio, visual dan penulisan buku. Kaedah-kaedah penyimpanan ini memudahkan para pengkaji untuk membuat penyelidikan.

4.Para pelajar juga didedahkan dengan warisan kesenian ini di peringkat institusi pengajian tinggi. Pendedahan ini melalui bidang kesenian yang ditawarkan dalam proses pembelajaran mereka.

5. Kursus kesenian yang diadakan oleh kawasan setempat dan agensi-agensi kerajaan juga mampu menarik minat generasi muda untuk mendalami dan mempelajari warisan kesenian.

PENGENALAN

1. Kepelbagaian kaum di Malaysia telah melahirkan beberapa warisan kesenian yang unik.

2. Warisan kesenian yang terdapat di negara kita termasuklah dari segi:
  • Muzik
  • Drama
  • Seni Kraf
  • Seni Bina
  • Seni Tari
  • Seni Mempertahan Diri