Tuesday 24 April 2012

MEMPERKENALKAN WARISAN KESENIAN

1. Beberapa langkah dilakukan bagi memperkenalkan warisan kesenian kepada generasi muda pada masa kini. Ini dapat memupuk semangat petriotik dan perasaan ingin tahu akan sesuatu warisan sejarah yang unik.

2. Kanak-kanak perlu diterapkan dengan warisan kesenian ini sejak di bangku sekolah lagi. Pendedahan ini boleh dilakukan melalui mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kenegaraan.

3.Selain itu, para pelajar juga boleh melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dalam bidang kesenian seperti persatuan kompang dan permainan sepak takraw.

4. Pertandingan aktiviti kesenian seperti pertandingan tarian, seni mempertahankan diri, seni kraf tangan juga boleh dianjurkan untuk murid mencungkil bakat masing-masing selain memupuk daya saing yang tinggi.

5. Agensi-agensi kerajaan juga boleh mengadakan pameran kesenian di peringkat kebangsaan. Hal ini boleh memartabatkan warisan kesenian Malaysia di mata dunia.

6. Persembahan kesenian termasuklah tarian dan permainan tradisional yang dipersembahkan ketika musim-musim perayaan mahupun majlis keramaian tertentu dapat menarik minat golongan muda dan pelancong asing.

7. Media cetak mahupun media elektronik boleh menyediakan beberapa slot untuk rancangan berkaitan dengan warisan kesenian yang pelbagai.

No comments:

Post a Comment